Hai, Apa Khabar Tahun Baru!

Monday, December 29, 2008 · Posted in

life is abcAh, oksigen ini
masih segar
meski ia
diselimuti jerebu..

Manusia hidup
manusia mati
cuma cinta
milik semua
makhluk bernyawa..

Tahun baru.
terima kasih, Tuhan.
kerana matahari
aku dan kamu
masih bercahaya
seperti awal
kanak-kanak
dahulu..

Tahun baru
rindu biru
impian salju
cinta sendu
kenangan lalu
bagai kupu-kupu
teringat
kepompong layu
di daun waktu..

-Shah Alam-

Powered by Blogger.