Hari Ibu yang Kau dan Aku Raikan

Tuesday, May 12, 2009 · Posted in

cite pasal IBU
mggu nie kn HARI IBU
Selamat Hari IBU
- Dato Why

1. Hari Ibu yang disambut dunia moden hari ini adalah hasil usaha aktivis wanita, Anna Jarvis bagi menghargai jasa manusia-manusia bergelar ibu dalam konteks kekeluargaan.

2. Untuk pengetahuan, Anna memulakan kempen Hari Ibu selepas dua tahun kematian ibunya, iaitu pada 12 Mei 1907.

3. Untuk pengetahuan lagi, Anna Jarvis ni berasal dari Amerika Syarikat, tidak pernah berkahwin dan tidak pernah mempunyai anak, tetapi sudah tentu mempunyai seorang ibu bernama Ann Maria Reeves Jarvis.

4. Hari Ibu disambut hari Ahad minggu kedua pada setiap Mei, termasuk Malaysia.

5. Namun sejarah yang lebih panjang mengatakan asal usul Hari Ibu adalah sempena meraikan perayaan Dewi Cybele, Mahadewi Greek dan masih disambut di sekitar Asia Kecil dan Rom.

6. Hari Ibu di Malaysia biasanya diraikan dengan menghantar kad, kiriman sms atau mms atau menelefon ibu di samping menonton iklan dan drama tivi yang memaparkan kisah ibu-ibu yang malang dan berendam air mata.

7. Menurut Abu Hurairah r.a., seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya;

"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?"

Baginda menjawab: "Ibumu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab: "Ibumu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab: "Ibumu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab: "Ayahmu."

8. Dalam tradisi dan hukum Rom Kuno disebutkan bahawa wanita adalah makhluk yang selalu bergantung kepada lelaki. Jika seorang wanita itu berkahwin, maka dia dan seluruh hartanya secara automatik menjadi milik suami. Ia hampir sama dengan yang tertulis dalam English Common Law, ...all real property which a wife held at the time of a marriage became a possession of her husband.

9. Dalam konteks Bahasa Melayu, perkataan ibu itu sendiri merupakan simbolik kata yang penuh suci, keramat dan penuh fungsi. Misalnya ibu pertiwi, ibu negara, ibu jari, ibu duit.

10. Dan aku selalu berimaji, kalaulah dunia ini punya jantina, maka aku rasa jantinanya adalah perempuan. Perempuan tua yang penuh kasih sayang.

10 Responses to “Hari Ibu yang Kau dan Aku Raikan”

therosputih said...

i love the no 10, bumiku, ibuku...terima kasih ya allah...

DatoWhy said...

Oye...aku dapat adiah

so bile aku leh dapat adiah ko 2?

Eliana said...

bagus entry ni

Amyz! said...

Seronok bila ucap selamat hari ibu kat mak, mak senyum senyum bangga. :-)

sUe said...

yes..mother earth..
tapi rasanya perempuan tua yang penuh kasih sayang itu sudah semakin sakit dan tenat..
sbb 'anak2' nya yang tak tahu nak menghargai...

selamatkan bumi kita!
eh maaf. terkempen khidmat masyarakat pula di sini. =P

s a L o m a said...

point no9 tambah satu lagi - ibu ayam.yeah.keluarga ibu. :D

ruslina said...

i like no 6,... mother eatrh,,. kelambu, since when minat wat snip snip ni, ;)

Unknown said...

saloma;
maksud ibu ayam lebih kepada ibu kepada ayam. maksud mak ayam lebih tepat untuk perempuan yang menyedia dan menjual pelacur (kalau itu yang dimaksudkan). jadi fahamkan, kata 'ibu' dari konteks bahasa melayu sendiri adalah untuk makna yang positif.

ruslina;
baru saja 1st entri cuba snip snip ni (nak kena bagitau terpengaruh dengan chedet ka?).

sebab apa snip snip?
ringkas, kemas, padat. secara psikologi, entri bersnip lebih cepat melekat. sesuai untuk entri berbaur fakta. selamat mencoba!!

s a L o m a said...

oi.oi.serius lak.orang cakap ibu ayam yg bertelur2 anak ayam bederet deret cip!cip! ikut belakang mak dia lah..haih.

Unknown said...

saloma;
hahaha!

Powered by Blogger.