Archive for October 2004

popular

Friday, October 29, 2004

popular

Kalau aku menjadi bodyguard mama aku, seperti biasalah mesti ada 4-5 org kawan sepejabatnya akan tegur. Dan aku akan senyum agar aku tercalon sebagai antara bakal menantu diorang. Harap-haraplah..:)

Tapi semalam aku jadi bodyguard abah aku.

Abah seorang GBK (guru besar yg kecil). Hari ni dia turun ke kawasannya untuk membeli juadah berbuka.

Kalau dalam dunia politik, abah bagaikan Pak Lah yang disapa rakyatnya...

Kalau dalam dunia hiburan, abah bagaikan Siti Nurhaliza yang disapa peminatnya...

Cuma abah tak perlukan bunga manggar, polis pengiring dan 3-4 bodyguard melainkan seorang bodyguard saja iaitu aku!

Kalau Ayie menumpang populariti Siti maka aku menumpang populariti abah.

Cuma abah tak menerima surat/emel layang dan juga ugutan along! Apatah lagi disuntik toksid..:)

Abah tak pandai menyanyi, berkempen apatah lagi melobi untuk dirinya. Abah cuma tahu mengajar dan sekarang mentadbir.

Abah popular di kalangan kanak-kanak, mak bapak diorang dan juga beberapa lapisan masyarakat tua dan muda.

Sapa cakap nak jadi popular kena jadi artis saja?

Sapa cakap nak jadi popular kena jadi ahli politik saja?

Jadi cikgu pun boleh popular apa..? Tak caya try!

Kelambu: Abah tanya, "Sebab apa tak mau jadi cikgu?" Aku pun jawab," Adik tak gilakan populariti!" :)

tombiruo terakhir!!?

Thursday, October 28, 2004

tombiruo terakhir!!?

KLIK SINI untuk sinopsis

Korang dah beli buku kat atas? Aku baru beli!

Korang dah baca buku kat atas? Aku baru baca!

Kalau omputih ada novel fiksyen fantasi karya J.K. Rowling dengan Harry Porter; kita ada novel fiksyen fantasi karya Ahmad Patria Abdullah dengan Saga Artakusiad!

Kalau omputih ada novel trilogi fiksyen+epik karya J.R.R Tolkien berjudul Lord of the Ring; kita ada novel trilogi fiksyen+thriller karya Ramlee Awang Murshid dengan TOMBIRUO!

Cubalah sesekali belajar menikmati karya tempatan. Sebenarnya kita tak kurang apa-apa!

Mari baca buku... Yea...!! :)

Kelambu: Minat Siti Nurhaliz dalam buku ni!

macam-macam ada

Tuesday, October 26, 2004

MACAM-MACAM ADA

Siapa kata borak kat YM tak de apa..? Sebenarnya lagi banyak kita mengarut dalam YM, lagi banyak la cerita intelektual yang akan terkeluar. Tak caya baca bawah ni...

(nama di bawah adalah nama sebenar)


INSOMNIA DAN MASALAH

merah: naper tak tdo lagi ni?
lan_zo: tak leh tido... kena insomnia la...
merah: biar betul... iskkk....
lan_zo: nape tak caye... hohoho
merah: tak caya lah...
lan_zo: tak caya tak pe... org tak biasa kena ok la...
merah: dah lama kena?
lan_zo: entah.. baru thn ni kot...
merah: ciannya... hilang 1 nikmat
lan_zo: insomnia bukan tak leh tido la...
merah: erkkk... susah nak tdo kan?
lan_zo: ha ah.... dia memilih untuk menjadi batman...
merah: atau pn mengalami masalah berkaitan kejiwaan?
lan_zo: atau pn dia mmpunyai masalah krn tak de masalah
merah: mana ada manusia tak der masalah...? kalo betul dia tak der masalah... masalah dia yg bermasalah!
lan_zo: tu yang masalahnya bila dia tak tau yang dia tu bermasalah
merah: masalah betul ler...

BATMAN, CATWOMAN DAN NEWTON

merah: erkkk... apsal sedih plak ni...? ishhhh... bermasalah betul ler
lan_zo: sedih kerana tpaksa mnjd batman dn bknnya superman
merah: kihkhihkihkhihkh... carilah batgirl yg sexy pasti tak sedey lagi
lan_zo: hahaha... cari catwoman kot... ganaz sket...
merah: mana bley... cat & bat... tak sesuwayyyyy
lan_zo: kwn yg baik ialah kwn yg kontra dan tak sesuwayyyy
merah: yer ker...? bila dah terlalu byk kontranya... bukankah ianya akan mencipta masalah untuk mencari kesesuaian
lan_zo: slalunya negatif dan positif akan bercantum...
merah: tetapi apabila ada halangan antara medan positif & negatif mcm mana plak nak dicantumkan?
lan_zo: selalunya halangan tu akan ikut keliling magnet tu... tak caya try...
merah: tarikan graviti jugak merupakan 1 halangan kan
lan_zo: waah... dah masuk teori newton la...:)

ISLAM DAN MELAYU

merah: awak tahu bezanya islam dan melayu?
lan_zo: kat malaysia melayu tu islam, islam tu melayu...
merah: Islam bukan hak org melayu....
lan_zo: kalau cina malaysia masuk islam..., org cina akan cakap dia tu masuk melayu....
merah: silapnya masyarakat malaysia menilai Islam
lan_zo: apa yang salah..? mana ada bangsa di dunia ini disinonimkan dengan agamanya selain melayu...
merah: tanggapan, didikan mereka menilai agama...
lan_zo: mmm....
merah: yahudi? bukankah sekarang ini kita melihat semua yahudi itu kristian?
lan_zo: tapi org kristian tak mengaku dia yahudi....
merah: dan tak ada dalam kitab yg menyatakan melayu itu mesti Islam
lan_zo: tak semua fakta ada dlm kitabkan... nak buat ayam msk kicap tak perlukan kitab....
merah: kitab itu dalam bahasa luasnya ialah rujukan
lan_zo: rujukan dr segi apa?
merah: awk belajar tamadun Islamkan...
lan_zo: ha ah...
merah: ada berapa rujukan yg di anggap sah?
lan_zo: 3... betul ke...?
merah: sebutkan..
lan_zo: kitab suci... hadis ... ijtihad... betul...?
merah: mana awak punya ahli majlis wal-jamaah yg keluarkan fatwa?
lan_zo: betul ke tak betul tu...?
merah: sumber asli hanya ada 2
merah: al-quran & al sunnah
merah: manakala sumber sekunder 9
lan_zo: saya faham ustazah.....:)

SAINS, SAINTIFIK DAN MELAYU

merah: berbalik pada soalan awak.... naper manusia tak boleh terbang?
lan_zo: sbb manusia percayakan graviti dan teori newton...!!
merah: tu kan ilmu sains... td saya jawab sbb manusia terdiri dr pepejal dan berat awk kata terlalu saintifik
lan_zo: jawapan saya di atas lebih kpd ilmu sains tapi tak saintifik....
merah: saintifiklah tu...
lan_zo: saintifik=logik, sains=blm tntu logik...
merah: salah... sains berasal dari perkataan latin iaitu scientia...
lan_zo: :O
merah: dalam bahasa arab... sains dikenali sebagai ilm
lan_zo: dalam bahasa melayu sains tu tanda tangan...:P
merah: sains merupakan satu susunan ilmu yang teratur dan mempunyai fakta2 logik
lan_zo: saya rasa sains ialah benda tak logik yang dilogikkan....
merah: saintifik tu kajian yg melogikkan ilmu sainslah
lan_zo: org dulu pecaya bumi 4 segi... itu ialah sains zaman dulu... org percaya!
merah: lepas tu bulat... kemudian sfera
lan_zo: tapi saya percaya di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung... :P

MISTERI NUSANTARA

merah: masa depan... awak rasa ada kajian yg cuba membuktikan bumi ini 3 segi tak?
lan_zo: mungkin bila kita dah tak ada masa depan...!!
merah: mungkin kut....
lan_zo: kalau sesuatu benda tak dapat dihuraikan sains kita panggil apa..?
merah: misteri nusantara!
lan_zo: hahaha... kalau kajian yang melogikkan misteri nusantara dipanggil apa..?
merah: arkeologi... masih lagi mencari bukti lebih kukuh mengenai kewujudan dinosor
lan_zo: salah..., jgn biarkan idup anda diselubungi misteri.....:)

JAM

lan_zo: sahur slalu kul baper...?
merah: kul 4.45. awak?
lan_zo: 4.46...
merah: baik awak jwb 4.56
lan_zo: orang malaysia kalau tgk jam mesti ada suku, setengah dan 45...!
merah: hahahhaahhaha...
lan_zo: apa kata lepas ni kalau kita berjanji ke, dating ke, apa2 ke kita ubah kpd 4.43..., 16 minit lagi kul 5, kurang 3 minit pukul 7...
merah: kalo mcm tu cipta la jam bukan 5 minit... buatlah... 6 minit ker... 7 minit ker...:P

BUKAN NAMA SEBENAR

merah: ada lagi tak ni?
lan_zo: ada la....
merah: tgh wat per?
lan_zo: tgh copy ym ni...
merah: jgn ler... ish... dia ni
lan_zo: nak masuk dlm entri
merah: jgn ler
lan_zo: :P
merah: boleh... tapi ada syaratnya.... jgn bubuh nama saya
lan_zo: wokey..., saya taruk bkn nama sebenar...
merah: seakan2 pun tak nak
lan_zo: saya taruk eisya (bukan nama sebenar)
lan_zo: :P
merah: waa.., jgn ler mcm gitu
lan_zo: ok la ok la...
merah: taruk le jeton ker...
merah: timah ker
merah: perak... gangsa pun buleh
merah: lagi baik berlian... kihkihkihkihkihkih
lan_zo: saya taruk merah...!
merah: apasal merah? merah tu slalunya marah
lan_zo: sbb tak hijau, kuning, ungu...
merah: letak att biru ker...
merah: (demand plak) :P
lan_zo: maksudnya yg kemerah-merahan=>aisyah...
merah: erkkkk
lan_zo: kiranya kiasla tu
lan_zo: org yang berpk je tahu...:)

Kelambu: Upsss.... aku silap taip ke ni...!?

prinsip dan puasa

Monday, October 25, 2004

PRINSIP

Adakah korang ingat bila korang mula mempunyai prinsip sendiri?

Masa remaja dan di bangku sekolah dulu kawan-kawan menjadi sebahagian daripada prinsip. Kita sanggup menggadaikan prinsip demi kawan. Sebab itulah banyak gejala tak elok berlaku kerana kawan. Aku ikut kau dan kau ikut aku. Aku bagus sebab kau. Kau bagus pun sebab aku. U jump, I jump tapi bila I jump belum tentu U jump! Tak gitu?

Kadang-kadang aku rasa kawan-kawan adalah jodoh yang ditentukan. Kita sememangnya ditentukan untuk berkawan dengan mereka. Dalam tak sedar kita ditakdirkan bertemu mereka dan mereka juga ditakdirkan bertemu kita dan masing-masing saling meresapi.

Cuba fikir siapa kawan-kawan kita sepanjang hidup kita. Macam-macam ada!

Kelambu: Apakah kita dipengaruhi dan apakah kita mempengaruhi...?


PUASA

lokasi=> Restoren Haji Ali, Alor Star, 1.45 pagi

Aku bersahur dengan kawan lama aku, Hanis dan Bob. Kami makan nasi kandar dan minum-minum. Kami sembang-sembang sampai pukul 3 pagi.

Aku: Hutang posa 9 tahun dulu hang dah bayaq...?
Hanis: Huishh..., mana ada...
Bob: Hah.., lamanya punya hutang
Aku: Dulu, sanggup cakap nak putus kawan kalau tak posa sekali dengan dia! Marah gila...
Bob: Hahaha....
Hanis: Hang pun sama! Yang kena sound dengan pakcik masa makan kat taman tu aku juga. Aku juga dia tuduh kena gastrik..
Bob: Hahaha.. dua-dua sama...

Aku mula ingat. Masa aku tolak untuk tak puasa dengan dia masa tu, aku rasa akulah manusia paling berprinsip ketika itu! Percayalah!

Kelambu: Susahnya bercakap tidak dengan kawan...

nasi beriani dan bulu

Friday, October 22, 2004

NADI BERIANI

Kalau mat jan makan char kuayteow selak udang baru nampak mi, aku pula makan nasi beriani selak ayam baru nampak nasi. Pendek kata nasi habis dulu barulah ayam habis.

Ayam habis pula sehingga menjilat kelima-lima jari kanan. Kalau pakai sudu sehingga menjilat sudu belakang dan depan. Habis isi, tulang pun diberikan kepada kucing kesayangan. Nasi beriani pula dibeli di Restoren Pak Tuan. Di Jln Sultanah, Alor Star, Kedah... Mai jangan tak mai... Erkkk.... Alhamdulillah... :)


BULU I

Adik Najib: Hisshh, menatang apa ni...? Ceh.. rambut lagi (dalam agar-agar)
Aku: Rambut ka bulu ketiak dia ka... Hahaha..!!
Mama: Dia tu nampak saja. Kelmarin jumpa rambut. Mata tu tajam sungguh...
Aku: Hah.., apa lagi potongla agaq-agaq tu pakai mata... :P

BULU II

Masa sekolah dulu, cikgu aku kata bahagian ayam paling sedap ialah kepak. Sebab kepak ayam paling lemak, lembut dan secukup rasa. Tak caya cuba rasa! Jadi aku pun sengaja simpan kepak ayam untuk dimakan paling last bersama nasi beriani...

Rupa-rupanya yang aku simpan itu ialah KEPAK AYAM+BULU AYAM. Ceh! Ceh! Ceh!

Nak tahu apa aku buat?

Buang bulu ayam dan makan kepak ayam... Nyam! Nyam! Nyam!

Kelambu: Apa eii.. eiii... Aku laparlah...

al-kisah katakantaksuka

Tuesday, October 19, 2004

al-kisah katakantaksuka

-Ini ialah sebuah cerita satira rakyat yang dongeng lagi menipu. Tiada langsung kena mengena dengan yang hidup apatah lagi yang meninggal dunia-

Di sebuah negara bernama KATAKANTAKSUKA terdapat banyak rakyatnya yang amat gemar menggali kubur seorang diri...

AKUTAKSUKA pula seorang usahawan. Melihat kegemaran rakyatnya yang sangat suka menggali kubur seorang diri, maka dia pun menjalankan urusniaga tanah kubur. Dia mempunyai banyak syarikat gergasi seperti DUN HELL, GUDANGKUBUR, MAY I BORROW, SAMPORNO dan sebagainya yang bernaung di bawah namanya...

Syarikat2 di bawahnya bukan sahaja menjual tanah kubur kepada orang cokelat malah kepada orang sepet, orang hitam, orang original dan lain-lain orang. Dia mendapat untung yang sangat lumayan. Setiap tahun dia pasti menaikkan harga tanah kubur. Sebabnya ialah dia tahu sangat bahawa rakyat2 negaranya mesti mahu menggali kubur seorang diri walaupun tanah kuburnya mahal. KAYA! KAYA! KAYA!

Dalam satu sidang pengisytiharan kenaikan cukai tanah kubur, dia berkata, kenaikan harga menggali sebuah kubur adalah sebagai satu tanggungjawab sosial. Katanya lagi, menggali kubur seorang diri amat berbahaya. Menggali kubur mempunyai 1001 risiko. Antaranya ialah mematikan habitat pucuk paku, serangan penyakit ke atas jantung pisang, dan boleh terkena badi mayat. Di samping itu dikhuatiri juga mereka yang tidak menjadi penggali kubur aktif akan turut menerima risiko iaitu terjatuh ke dalam lubang kubur ketika sedang bersembang-sembang dengan penggali kubur tersebut...

Dia juga melancarkan kempen TAKSUKA secara besar2an terutamanya untuk pelajar2 sekolah agar tidak memilih profesion sebagai penggali kubur yang sungguh memudaratkan kesihatan diri dan sekitar mengikut kajian saintifik dan perubatan yang dijalankan. Antara kempennya ialah dengan lagu yang dinyanyikan secara muzik ya- aw-aw oleh seorang hitam iaitu, "Maaf, anda di bawah 18 tahun; Anda tak boleh menggali kubur" dan juga iklan awek stylo lagi ya-aw-aw yang berkata, "Wah, dia sungguh kewl... Dia tak menggali kubur..."

Turut juga dipacakkan papan tanda di setiap kawasan menggali kubur yang tertera, 'AMARAN KERAJAAN KATAKANTAKSUKA: MENGGALI KUBUR MEMUDARATKAN KESIHATAN.'

Iklan2 tanah kubur di kaca tv juga dikatakan akan diharamkan sama sekali tetapi masih juga ada iklan yang berbunyi, 'PORNOKAN HARIMU' dan pasukan bolasepak negara KATAKANTAKSUKA masih juga menyarung jersi DAN HELL yang entah bila akan ditamatkan kontrak tajaannya...

Dia turut menghadkan kawasan2 tanah kubur. Antara kawasan yang dilarang menggali kubur ialah kawasan tanah gambut, tanah pamah, tanah liat, tanah pasir dan lain2. Kalau didapati melanggar maka penggali kubur akan dikenakan kompaun dan kompaun itu akan dibayar kepadanya. Satu strategi perniagaan yang sangat BIJAK!

Baru2 ini atas dasar sosial juga usahawan tersebut telah menetapkan hanya kubur sedalam 20 kaki saja yang dibenarkan digali. Kubur2 lain yang sedalam 10 dan 14 kaki akan diharamkan sama sekali. Apatah lagi kubur-kubur yang digali sedalam 1 kaki untuk menanam bangkai kucing dan gagak...

Dengan itu banyaklah menteri menyokong tindakan usahawan tersebut walaupun terdapat juga di kalangan menteri2 tersebut yang tidak dapat berhenti daripada tabiat menggali kubur seorang diri. Tapi tidak mengapa kerana harga tanah kubur yang dinaikkan usahawan tersebut masih mampu dibayarnya kerana dia turut mendapat habuan dari komisen syarikat2 gergasi tanah kubur tersebut. Tapi rakyat tetap miskin juga. Tambah2 lagi yang gemar menggali kubur. Lagi2lah miskin...

Tetapi berlainan pula dalam iklan Jabatan Penyeludupan Kubur yang mengatakan bahawa 'Pastikan Anda Menggali Kubur Yang Ditandakan Cop Sahaja'

Di masa yang sama juga, ramai penggali kubur berasa amat hairan kerana tiada langsung iklan untuk mengharamkan syarikat yang menjalankan urusniaga menanam sayur atas kubur yang ternyata amat memesongkan akhlak majoriti rakyat setempat. Iklan yang ada hanyalah JGN TANAM KETIKA MEMANDU yang jelas membawa maksud anda boleh menanam sayur atas kubur dengan syarat jangan memandu. SENANG BUKAN!

Antara syarikat tersebut yang tersohor ialah syarikat HARIMAU dan KRAS BEB yang juga mempunyai sebuah kilang besar di tepi lebuh raya persekutuan. Iklan2 tentang kenikmatan sayur yang ditanam di atas kubur disiarkan secara berleluasa di pawagam2 tempatan yang turut disaksikan kanak2 di bawah umur dan yang tak cukup umur...

Malah pasukan bolasepak negara ketika ini sedang menjalani satu latihan khas untuk menyertai pertandingan bolasepak piala HARIMAU untuk menebus kekalahan di pra-kelayakan Piala Planet...

Alahai..., malang sungguh nasib penggali2 kubur aktif negara yang telah didiskriminasikan sedemikian rupa. Barulah mereka sedar bahawa semua agenda tersebut tak lebih dari agenda ekonomi semata2 dan bukannya tanggungjawab sosial yang diwar2kan...

Penggali2 kubur hanya mampu menggeleng-geleng kepala dan berkata, "GALI KUBUR SORANG2 PUN SALAH KE....? AKU TAK TANAM SAYUR ATAS KUBUR PUN..!!"

Kelambu: Sekian sahaja kisah negara KATAKANTAKSUKA yang aman lagi makmur...:)

lapar dan dahaga

Saturday, October 16, 2004

lapar dan dahaga....

Belum tgh hari perut aku dh berbunyi... Lapar... Dahaga... Ceh...! Fikiran aku melayang... Aku teringatkan kwn aku Lin (bukan nama sebenar)...

Sebetulnya mereka yg sebaya Lin kini, ramai yg sudah berumah tangga, x pun memiliki kerjaya yg kukuh. Koman2 ada kereta sebijik n awek steady.

Tapi Lin masih terkontang-kanting... Pada usianya yang begitu dia memilih utk belajar. Dia hidup secara gelandangan. Tanpa loan dan duit poket yang diberi mak ayahnya yang bagi aku x munasabah! Barangkali kerana hambatan usianya membuatkan dia malu utk menagih ehsan ibubapa. Bukan itu saja tp kerana byk peristiwa hitam pada masa lalunya yg memaksa mak ayahnya & manusia sekitar melihatnya secara prejudis termasuk aku!

Lin pernah berlapar sehingga 2 hari. Sesuatu yg x patut berlaku! Pernah dulu aku sengaja x habiskan makanan aku. Aku bagi kat dia. Aku cakap dah kenyang. Xde selera atau pun makanan byk sgt. Mungkin dia perasan betapa kerapnya aku makan x habis lalu dia cakap kat aku, "kau ni x habis betul ke atau buat2 x habis? Makanla jgn dok simpan2 kat aku. Duit mak ayah kau bagi utk kau makan. Bukan aku makan. Aku dah biasa dah mcm ni." Aku faham perasaan dia dan aku dpt rasa bagaimana perasaan aku kalau di tempat dia. Lepas 2 aku selalu makan habis. Kalau aku nak bagi kat dia pun aku akan beli makanan dan open kat kengkawan lain termasuk dia. Dan kengkwn lain faham....

Masa aku minta dia siapkan puisi utk antologi puisi secara duet utk malam aspirasi puisi kat universiti dulu, ada satu puisi yg cukup menyentuh perasaan aku. Senang saja puisi tu buat aku sebak... Entahlah...

Lapar, dahaga
Masih dapat kutempuhi
Pedih kurasakan
Bila ada kebuluran

Lapar kerana tak makan
Dahaga kerana tak ada tegukan
Lapar menyakitkan
Dahaga memeritkan

Orang kaya tak lapar pun makan
Orang biasa makan bila lapar
Orang miskin lapar tak makan, makan tak lapar

Kita kaya dahagakan kemewahan
Kita biasa dahagakan kesederhanaan
Kita miskin dahagakan pemberian

Lapar dan dahaga
Lapar buasnya
Dahaga nafsunya
Celakalah ia....


Aku tahu apa yang mahu disampaikannya. Dan aku sebenarnya x perlu melihat terlalu jauh di luar sana. Aku hanya perlu melihat Lin untuk aku menginsafi diri... Untuk aku tahu betapa bernilainya sebuah terima kasih...!

Kelambu: Lin="ada duit lebih sikit nanti aku belanja kau pergi Sabah. Aku ada sedara kat sana. Best woo....!" Aku="kita pegi Moscow je lah?" Hahaha..!!

kawan

Wednesday, October 13, 2004

kawan...

Rasanya dah agak lama aku x call budak umah. Last masa Ayie & Lalbi accident. Aku cepat2 capai cari tipon. Nak call sape hah? Nnt x pasal2 ada budak2 yg kecik hati lak. Hahaha... Last2 aku tipon Ayie...

Katanya sumer ok. Exam byk yg dh habis. Cuma dia kena settlekan project assignment yg tertangguh sbb accident hari tu.

Bla.. bla... bla.. Pas 2 Ayie passing kat Lalbi... Pas 2 kat Nik... Pas 2 kat Jarul... Pas 2 kat Lin dan last kat Bahdin... Panas jugaklah telinga aku nie.... Heh...

Ayie: Hello..., awek mcmana? Sihat...?
Lalbi: Ape cite balik...? Project dh huru-hara dah...
Nik: Bila kau nak balik ni hah...? Org call bukan nk angkat pun...
Jarul: Ayie dah declare dah dgn NJ... Kitorg siap record... hehehe.. Psl hard disk jgn bimbang... sumer ok... hahaha
Lin: Aku ada projek besar ngan ko... Nanti aku bgtau.. syyyy
Bahdin: Mana buah tangannya... Blkla tgk Lin dh buat apa kat locker ko 2...

Dengar diorg sumer gelak dh cukup utk buat aku gembira... Dan aku patut sedar bahawa mahu x mahu, suka x suka, sedih x sedih bahawa suatu masa nanti kami akan dijarakkan masa dan takdir...

Kelambu: Ye lah.. ye lah... next sem aku baliklah nnt... aku tahulah aku best....

sawattdikap...

Saturday, October 09, 2004

SAWATTDIKAP...

Khamis, 7 Oktober, 2004
-
klik di sini utk lihat lebih byk gambar... hohoho..!!-


banyaknyer shopping...

Terus terang aku katakan bahawa aku rasa teruja sgt dpt pergi ke Hatyai ni. 1-nya ialah sbb aku x pernah pergi ke luar Malaysia. 2-nya mahu melihat rumpun Melayu/masyarakat Thai di Hatyai. Kata mama, arwah nenek keturunan Pattani dan aku ada sedara mara tinggal kat Bangkok. Tapi sayang sedara aku kat sini yang tahu rumah diorang kat Bangkok sana dah meninggal. Barangkali jarak dan masa yang memisahkan kami. Patutlah muka aku ada ala siam2 sikit. Hahaha...

Sebut aje Siam/Thailand mesti ingat syurga duniawi=s*x. Untuk pengetahuan korang aku bukannya membuat pelancongan individu@geng bujangan tetapi beramai2. Dgn pakcik2 dan makcik2 yg sudah berkahwin. Kalau secara individu@geng bujangan pun aku amat berharap moga2 aku mempunyai iman yg kuat. Amin....

Berikut adalah serba sedikit sinopsis aturcara Cuti2 Shopping2 Thailand aku...:

2.00p.m.- Aku, mama dan Najib tiba di Wisma Negeri, Alor Star spt yg diberitahu. Van2 pelancongan berplat Thai sudah sedia menunggu. Tapi kami pula yg terpaksa menunggu bberapa org pakcik2 dan makcik2 yg sudah biasa dgn janji2 Melayu...

2.35p.m.- Van mula bergerak. Semuanya 4 van. 1 van boleh isi 11 org. Kiralah sendiri berapa byk pegawai2 kerajaan negeri kt dlm van tu. Van mmg selesa habis. Luas, setiap seat ada arm-rest, ada air-cond (tingkap dicable-tiekan, jd xleh buka), ada Coca Cola Thai dan kami satu van pun minum beramai2.

3.45p.m.- Sampai kat sempadan. Kami pun turun utk diperiksa en. kastam tapi en. kastam x periksa kami pn. Juz lalu melepasi pondok kastam je. Lepas tu naik van balik. Kami lalu pula pondok en. kastam Thai. Tapi kali ni x payah turun. Kak Ja (chief) je turun dgn kertas di tangan yg aku malas nak amek tau apa isinya.

4.15p.m.- Yahoo..., kami dah diisytiharkan sbg terrorist tourists. Bagi aku perjalanan sepanjang ke Hatyai mmg x mmbosankan langsung. Selang 4-5km mesti ada pekan/bandar kecil. Yg wajib ada ialah bengkel motor, deret2 kedai runcit, sekolah dan wat (tokong). Kalau pekan yg besar sikit mesti ada sekolah besar sikit, kedai besar sikit, wat besar sikit dan bengkel motor merangkap kedai jual motor. Tp satu jer yg x sikit dan x byk. Setiap pekan ada 1 je traffic lite...

6.25p.m.- Kami sampai di bandar Hatyai. Bandarnya lebih kurang mcm bandar Klang, Selangor. Cuma lagi serabut jer dgn manusia dan kenderaan lalu lalang. Jlnnya byk 1 way sebab kecil. Kami turun kat Hotel Grand Plaza, Hatyai. Kami menginap 1 malam di sini. 1 bilik 2 orang. Aku duduk dgn Najib. Kami duduk tingkat atas sekali. Tingkat 9! Lif hotel ni ngam utk 4 org masuk. Kalau 6 org dah sesak. Kalau 8 org dah x leh bernafas. Kalau 9 org lif dah xleh nak naik. Kami kena turun kat lobi pukul 7.00 mlm utk makan.

7.00p.m.- Oleh kerana kami Melayu maka semua ahli rombongan menepati masa untuk acara makan. Kami berjln kaki di bandar Hatyai lebih kurang 500 meter dan sampai di sebuah restoren Muslim (ejaannya 'Musalim') yg ada menyediakan susu kambing (ejaannya susu kambang) dan nasi campur (lauknya kena dipesan dan diorang akan masak dan campurkan sendiri).

Makanan sudah ditempah awal dan terhidang ala-ala hidangan hotel. Biarpun simple tp sedap. Ada nasi putih+paprik sotong+paprik ayam+telur dadar+tomyam+ais kosong. Kalau nak air manis kena order duit sendiri... (Ceh..!!) Apa cerita pun aku tetap menghabiskan makan dan minum di depanku dgn lahapnya...

7.45p.m.- Habis makan. Dalam senarai aturcara ditulis acara bebas ttp aku rasa patut ditukar kepada acara shopping! Nanti takut pula ada yg bertanya apa yg bebasnya atau pun mana pula perginya acara kuak lentang dan berirama? Haha...

Kami pun shopping sakan. Aku sempatlah beli jersi Arsenal gred A dgn harga 250 baht (RM25). Nak beli jersi Liverpool tp sbb ada tulis Carlsberg terpaksa le aku cancel! Aku xde la minat Arsenal sgt pun. Juz nak tayang kat Bahdin (die hard fan Arsenal) dan Ayie (die hard fan Liverpool). Najib beli jersi Chelsea dan baju ragbi All Black utk Sidek (jiran). Mama pula beli buah dokong, halwa (jeruk), kerongsang, kacang gajus dan cenderamata...

10.00 p.m.- Balik bilik. Mandi. Tidur sebab aku dah letih....


Jumaat, 8 Oktober, 2004


bestnye angkat brg.. huhu...

8.20a.m.- Kami turun lobi. Acara bebas shopping lagi. Follow Kak Ja pergi makan. Makan dibelanja di sebuah restoren 'Musalim'. Hidangan ala buffet. Ada nasi goreng, bihun goreng, telur goreng, paprik campur, teh/teh o. Sendiri mau ingat. Bubuh sendiri dan makan sendiri. Ketika kami makan hujan pun turun renyai2 membasahi bumi Hatyai. Ada pula seorg penjual dtg menjual kacang Chieng Mai. Dan duit mama pun bye bye bye...

9.15a.m.- Naik van Tuk2 pergi bazar/pasar/market. Satu kepala 10 baht (RM1). Kami 4 orang (aku, Najib, Mama, Mak Ku)+1 awek Thai biasa... Jauh dari hotel ke bazar lebih kurang 10 minit kesesakan. Baru je nak sampai awek Thai biasa tu speaking Thai cakap jalan yg dia nak pergi dah terlepas. Driver pun turun. Aku ingat dia nak marah2 kat awek Thai biasa tu. Tapi dia senyum je (kat Malaysia kalau x masam muka mesti kena tambah caj). Kemudian driver tu minta maaf kat kami. Cakapnya nak hantar awek Thai biasa tu dulu sbb dia org tempatan dan mesti diutamakan! Kami hanya angguk sbb kami x faham.

9.35a.m.- Yea..., mama shopping lagi! Aku hanya perlu mngambil masa 5 minit utk shopping sehelai baju yg bertulis Bangkok, Thailand. Ttp mama dan Mak Ku memerlukan 2 jam 15 minit utk shopping brg2 diorang. Sepatutnya mama dan Mak Ku sudah boleh membeli 27 jenis brg ttp x sampai 10 jenis brg pun yg dibeli mereka sbb usha brg je yg byk tp byk pula yg x berkenan dan juga krn harga brg yg x mampu dikurangkan...

11.50a.m.- Habis shopping. Balik hotel semula menaiki Tuk2. Driver hantar sampai kat pintu hotel. Balik terus try baju baru. Pas tu mandi. Pukul 1 ptg kena
check-out.

1.00p.m.- Turun kat lobi. Ada 2 org PAKCIK yang x balik2 hotel lagi utk check-out. Kak Ja dah kelam-kabut. Jam Thailand lewat sejam dari jam Malaysia. Mungkin diorang ikut jam Jepun kot. Pukul 2 ptg baru nampak muka. 2.15 ptg baru boleh gerak... Pakcik oh pakcik....!

3.30p.m.- Sampai kat pekan Dannok. Betul2 bersebelahan sempadan Malaysia. Kami berhenti makan kat kedai 'Musalim' iaitu restoren Haji Che Omar. Aku order nasi goreng ayam tanpa selsema burung satu. Airnya pula ialah milo ais tawar satu!

Lepas makan mama shopping lagi. Kali ni brg dapur pula. Cili kering, beras, buah mangga dan teh. Najib beli jersi Norwich City. Aku pun rasa nak beli tapi cancel sbb x lawa.

5.00p.m.- Sepatutnya 4 ptg kena gerak tetapi sebab kami Melayu maka pukul 5 ptg baru kami gerak! Driver van (cina+siam) cakap, lain kali kalau nak janji kena bagi 20 minit awal. Hahaha... dia pun tahu kami ni Melayu!

6.00p.m.- Sampai di Wisma Negeri, Alor Star. Semua mengambil kereta masing2 utk pulang dgn brgn masing2. Aku Diorg dan mama pun pulang ke rumah dgn girangnya....

Malaysia VS Hatyai (Thailand):


all Thai maa...

- Tiada mat rempit/mat kereta dgn motor/kereta bikin di Hatyai tp kedua2nya ada di Malaysia!

- Di bandar Hatyai penunggang motor kena pakai helmet. Pemboncengnya x payah. Helmet pula dari bahan plastik yg xde kualiti/murah(mcm helmet kanak2). Di Malaysia helmet mahal/kualiti tp nyawa pula yg murah!

- Di pekan/bandar kecil, x payah pakai helmet. Semua American style...

- Semua motor mesti ada bakul kat lampu depan. Byk motor jenis Honda.

- Polis Trafik hanya ada di bandar Hatyai saja dan diorg naik kapcai saja. Kat pekan/bandar kecil xde polis. Di Malaysia, polis trafik ada di mana2. Diorg naik kereta, kapcai dan 'kuda putih'!

- Teh ais bungkus harganya 20 baht (RM2). Hahaha murahnya...!

- Surat khabar Berita Harian harganya 30 baht (RM3). Hahaha murahnya...!

- Orang Hatyai suka naik kereta pikap (mcm Proton Arena). Byk jenis Isuzu dan Toyota. Yang kaya sikit pakai Storm dan Hilux. Mungkin sebab boleh isi brg2 sebab byk org Hatyai ialah peniaga. Boleh juga buat angkut budak sekolah!

- Tuk2 ada 2. 1 ialah motor 3 roda. 1 lagi ialah van mini. Di Hatyai hanya ada van Tuk2. Kebykannya jenis Daihatsu dan Hijet.

- Di Hatyai barulah aku akui jalan raya di Malaysia adalah yg terbaik di dunia.

- Di Hatyai barulah aku akui org Malaysia antara yg SGT2 SOPAN di jln raya!

- Jln spjg ke Hatyai mesti ada jalan kecil sblh kiri utk laluan motor. Motor x masuk jln kereta dan kereta x masuk jln motor=sopan sungguh!

- Jln spjg Bkt Kayu Hitam sebelum masuk ke hi-way berbayar di Jitra xde langsung laluan utk motor. Laluan motor kat Malaysia pula selalunya motor masuk jln kereta dan kereta masuk jln motor=sangat2lah bersopan!

- Orang Thailand bawa kereta enjoy, happy, berhemah- Ada anak kecil tidur di atas ruang barang motor 3 roda yang ditunggang bapanya. Ada anak2 muda naik motor sambil bergurau-senda. Kenderaan2nya x laju. Kalau ada orang buat silap pasti kena hon. Dan yang kena hon pasti hon semula (1x saja). Dats all... No maki no f**k.. Everything kewl....!

- Orang Malaysia bawa kereta sgt enjoy=laju, happy=racing, berhemah=tunjuk f**k! Orang Malaysia kalau kena hon mesti maki2 x pun tunjuk f**k! Anak2 muda kalau naik motor gelak2 sikit mesti pakcik2 usha slek dan sound direct. Dan anak2 muda bila kena usha slek dgn pakcik2 mesti tunjuk f**k dan pecahkan cermin tingkap! Everthing kewlkan...?

- Stesen minyak kat Malaysia byk yg ada kedai mesra/serbaneka, bersih dan masih murah! :-)

- Stesen minyak di Hatyai dan spjg ke Hatyai x ada kedai mesra/serbaneka dan buruk gila! Signboard stesen minyak tempatan siap berkarat mcm kat tepi pelantar laut. Jenama minyak Thailand=>PTT.

- Bas Thailand mcm kpl terbang skuad TAC (ultraman). Fancy n colourful!

- Awek2 Thai byk yg baik dan baik2. Ada yg spt di Bukit Bintang dan KLCC dan ada yang spt di masjid negeri.

- Awek baik=>Bayangkanlah awek tu bertudung, muka Melayu, lawa gila, lemah gemalai dan bercakap Thai. Aduhhh... (sambil memegang dada), patutlah ramai orang Malaysia byk beristerikan org Thai!

-Awek baik2=>Ganteng2, nyam2, bengkak sana bengkak sini! Ah, x payahlah aku nak detailkan lagi. Faham2 je lah...

- Jalan2 pd waktu malam sekitar Hatyai mesti ditegur gadis yg cakapnya, "Abang massage bang.. Murah saja... Sedap bang." Mmgla betul ada massagenya ttp turut disediakan side massagenya! Ada berani...?

- Hampir semua org di Hatyai boleh bercakap Melayu. Jadi x payah susah2 nak speaking London=>aku: How much diz one aaa....? amah: Dua latus lima puluh baht saja... aku: (hahaha, malunya aku)...

- Makan x payah risau. Banyak kedai 'Musalim' (muslim). Ada gerai Musalim menjual puyuh goreng yg digoreng bersama kaki dan kukunya. Hahaha....

- Xde apa yg membezakan org Thai, org Malaysia dan org Indonesia. Jd anda x dipandang spt makhluk asing! Rupa semuanya sama. Ada yang hitam, ada yang putih. Ada anak mamies look, chinese look, indian look dll. Yang membezakan adalah BAHASA!

- Setiap pekan spjg ke Hatyai dan di bandar Hatyai mesti ada bendera Thailand. Tp setiap pekan dan bandar di Malaysia pula mesti ada bendera Malaysia di hari merdeka saja!

- Gadis Thailand yg asli, wajahnya sawo matang, tubuhnya mengkal, mungil, montok, berkulit mulus dan halus. Senyumannya pula, aduhh..., bisa gugur imanku...!

- Gadis Malaysia yg asli, wajahnya sawo matang bertukar putih (make-up), tubuhnya juga mengkal, montok, berkulit licin dan halus. Senyumannya pula aduhhh..., ceh, jgn harap diorg nak senyum x tentu pasal! Hahaha....

- Mungkin Thailand x de kereta/motor buatan tempatan kot sbb aku x nampak langsung jenama kereta/motor yg bunyinya Thai. Semuanya jenama import yg aku kenal. Tahniah utk org Malaysia krn kereta/motor buatan tempatan mengungguli ranking terlaris jualan kereta/motor tempatan! Sbb patriotik ke atau sbb murah? Kalaulah diberi pilihan kereta import cc yg sama bernilai sama dgn kereta tempatan cc yg sama. Rasa2nya nk beli kereta yg mana? Haha... tepuklah dada!

- Tiang lektrik spjg ke Hatyai dan di Hatyai dibuat dari simen, rendah (stgh tiang letrik Malaysia), bentuknya 4 segi dan ada 3-4 meter tergantung. Wayarnya pula byk berselirat. Macam spider web. Burung terbang pun blm tentu boleh lepas!

- Byk peniaga yg masih menggalas kandar menjual buah, kacang dan makanan sekitar bandar Hatyai. Di Malaysia situasi ni boleh dilihat tahun 80-an dulu saja.

- Byk penunggang Tuk2. Spt citer Hollywood. Keluar je bangunan depa tgn pasti ada teksi. Kalau di Hatyai depa je tgn pasti ada Tuk2.

- Kenderaan Tuk2 cantik, kreatif, kecil dan comel. Juga murah, cepat dan mudah. Satu2nya trademark Thailand! Penunggang Tuk2 cukup terlatih. Seperti mat rempit Malaysia. Cilok2 di sini sana. Bezanya ialah mat Tuk2 mendapat duit tetapi mat2 rempit mendapat sakit!

- X guna memakai jean Levi's berharga rm250 (2500 baht) di sini krn org di sini ttp menganggapnya semurah 250 baht (rm25) sahaja!

- Thailand ialah syurga cetak rompak jenama pakaian manakala Malaysia ialah syurga cetak rompak cd/vcd/dvd. Di Thailand ada baju gred A (mcm ori) dan gred B. Di Malaysia ada dvd copy (mcm ori) dan cinema copy! Yea.., kita juga mampu bersaing!

- Masuk Thailand kita jadi buta huruf. Masuk Malaysia kita jadi Inggeris Melayu!

- Orang Hatyai byk dari etnik Melayu dan Thai. Mereka bekerja sbg peniaga dan pemandu Tuk2. Yg kerja besar dan kaya byk dari etnik Cina Thai. Dapat dilihat dari kenderaan yang dipandu. Org Melayu dan Thai majoritinya bawa Tuk2, kapcai dan kereta pikap. Org Cina Thai bawa Mercedes! Bezanya ialah Cina Thai fasih cakap Thai tapi Cina Malaysia cakap Melayu berterabur tp cakap omputih mcm sayur!

- Kat Malaysia org buta kutip derma dgn menyanyi live dan main keyboard. Kat Hatyai org buta kutip derma dgn menyanyi live bersama radio karoke!

- Orang Thailand ada beras siam, durian siam, mangga siam, dokong siam dan kucing siam tetapi Malaysia cuma ada satu saja iaitu MALAYSIA BOLEH!

- Kalau nak beli barang kat Hatyai cuba minta tawar separuh harga. Nanti peniaganya akan turunkan harga sehingga hampir separuh harga. Baru beli! Bayangkan baju rm400 baht (rm40) boleh kurang sehingga 250 baht (rm25)! Tp x semua barang la....

- Hatyai juga ada Mc Donald, 7 Eleven, Pizza, Makro. Tapi Hatyai x de KFC dan kedai mamak 24 jam!

- Public phone Hatyai sikit tapi semua boleh pakai. Public phone Malaysia byk tapi x semua boleh pakai!

- Public phone Hatyai ada pondok dan x rosak. Public phone Malaysia x de pondok tp rosak!

-Wat Siam ada gelanggang basketball! Masjid Malaysia ada err..., kubur!

-Ada channel ntv7 dlm hotel. Lain semua channel Thai. Citer omputih pun speaking Thai! Kat Malaysia citer Melayu pun speaking omputih!

Sekian dulu entry utk kali ni... Harap sumer berpuas hati... huhuhu....

-klik di sini utk lihat lebih byk gambar... hohoho..!!-

Kelambu: Bilalah boleh pergi Indon pula...

satu hari

Wednesday, October 06, 2004

satu hari

- 1 hari x berjumpa bagaikan setahun lamanya bg sesiapa saja yang hangat bercinta...
- 1 hari naik bas boleh pergi dari Alor Star ke JB dan patah balik dan pergi ke Ipoh...
- 1 hari sudah cukup untuk kita mengelilingi dunia dengan kapal terbang...
- 1 hari rambut kita tumbuh 0.13 inci...
- 1 hari x kencing boleh buat seseorang mengidap batu karang...
- 1 hari tertinggal paper boleh menyebabkan kita gagal exam...
- 1 hari cuti sudah cukup gembira bagi rakyat Malaysia...
- 1 hari cina raya sudah cukup menggelisahkan bangsa2 lain di Malaysia...
- 1 hari melayu raya sudah cukup menggembirakan bangsa2 lain di Malaysia...
- 1 hari berpisah adalah seksaan jiwa dan raga bagi orang yang baru bernikah...
- 1 hari black-out negara boleh kerugian berbillion ringgit...
- 1 hari xde air pasti ramai orang komplen di kaca tv dan JBA...
- 1 hari x makan boleh buatkan manusia gila..
- 1 hari tertidur boleh buat orang lain sangkakan koma...
- 1 hari x pergi kerja boleh dapat memo/notis dari majikan...
Rupa2nya, banyak sungguh benda yg boleh berlaku dalam 1 hari ni...

Apa yang nak aku sampaikan ialah biar pun aku pergi ke Hatyai cuma 1 hari tapi aku pasti bukannya 1 benda sahaja yang dapat aku belajarkan tapi 1 pengalaman dan 1 pengajaran yang barangkali tak dpt aku temui di negara sendiri... chewwah!!

Kelambu: Cuti-cuti..... Thailand..... lalala... lalala.... (menyanyi ala2 Siti sikit)

exam oh exam!

Tuesday, October 05, 2004

exam oh exam!



Sukacitalah dimaklumkan bahawa aku yg best ini akan memberi ucapan kpd member2 aku yg akan@sedang@baru lepas mengambil final exam diorang...

-Jgn gusar. Aku tahu benar situasi korang. Bagaimana perasaan x sabar2 menanti/teruja apabila korang cukup bersedia utk menghadapi exam dan bagaimana perasaan korang yang mengatakan exam mmg x sabar2 menanti bagi korang yang x bersedia...

-Jgn gusar. Aku juga pernah menghadapi situasi spt korang. Situasi keluar dewan seawal setgh jam pertama sbb x tahu nak jawap apa2. Dan juga situasi hadirnya pemeriksa ke bucu meja kerana terlupa menulis jawapan di kertas jawapan tapi di kertas soalan...

-Jgn gusar. Aku pernah juga menulis surat rayuan x rasmi meminta aku diluluskan ttp hsilnya aku digagalkan. Aku juga pernah bergembira kerana menerima byk soalan yg mudah2 ketika aku mengharapkan soalan yg susah2.

-Jangan gusar. Itulah hidup kita. Hidup kita masa kini semmgnya ditentukan di dewan periksa. Sekurang2nya kita lebih beruntung dari hidup dgn bergadai nyawa dan jiwa. Kita cuma bergadai masa (repeat) dan wang ringgit yang disponsor saja. Percayalah kita sudah cukup beruntung walaupun kita x tinggal di Bukit Beruntung...

Akhir kata, Selamat Menghadapi Final Exam untuk:

bebudak umah=>jarul, ayie n lalbi (byk2 bersabar atas musibah yg berlaku. Insya-Allah kita jmpa nnt), awie, superman, kayri, wan, joe, nik bttp, bahdin, aslam, salleh, sabahan...

bebudak teater/pkku=>hamazrul (final year), bob, hang, ojai, eR, fariza, sal, yus, linda, as, zek, aida, amy, KC dn yg sewaktu dengannya..

Tsubasa team, ain, fida, es, ejam, bbdk rombongan langkawi/penang/pangsun n bebudak u yg mengenali diriku yang best ini...

kwn2 lama yg masih x habis2 lg belajar=>man, amin, kamil, wan jepun, hanis, a.lan, syam, pon, shar, yat, pizan, iwan dll...

mereka yg jauh di mata dekat dihati=>s, amy, fiza, adk mahfuzah (happy birthday), adk ira bangsawan, geng2 bangsawan Tanggang dan sape2 saja yg mengingatiku di dlm jiwa mereka biarpun aku barangkali x sampai mengingati mereka... Eheh...

x lupa member2 jurnal yang masih blajar dan kena mengambil exam di mana jua anda berada dengan ucapan ingatlah kel@mbu di hari ujianmu. Perkenalan dengan kalian amat membahagiakan diriku ini. Kita semua pemenang tiada yg pengalah.... hohoho...

Kelambu: Hoorey..., Aku xde exam... hoorey. Aku dah grad dah.. Yea... (nyanyi lagu Ruffedge=>Marilah Bergoyang)

diam n selamat hari lahir s

Sunday, October 03, 2004

DIAM

Dulu aku selalu percaya apabila seseorg perempuan itu diam tandanya dia setuju/suka. Ttp krn bberapa perkara yg terjadi telah mmbuatkan aku x mempercayainya lagi.

Barangkali analoginya spt di bwh:
i) Perempuan dulu diam apabila setuju/suka=>kalau dia bersuara org akan cakap dia seorg gedik/terkinja2.
ii) Perempuan dulu bersuara apabila x suka=> dia berani menyatakan pendirian..
iii) Perempuan sekarang diam apabila x suka=>kalau dia bersuara dia takut mengecewakan sseorg itu.
iv) Perempuan sekarang bersuara apabila setuju/suka=>dia berani menyatakan pendirian. Dia xkan biarkan peluang dilepaskan...

Walaupun situasi berlainan tetapi maksudnya tetap sama

Kelambu: diam sudah cukup memberitahu segalanya...


SELAMAT HARI LAHIR S


Siapa S sebenarnya dalam hidup aku. Tat tara...? [muzik pink panther]

Sebenarnya S bukannya siapa2 pun. Aku berjumpa dengannya pun secara kebetulan yg dirancang. Dan S sebenarnya banyak mengajarku ttg sesuatu dan aku sendiri byk belajar tentangnya. Tentang keluarga, sepi, percaya, diri dan erti sakit....

Barangkali antara kami tiada apa2 lagi. Aku kini dibiarkan menjadi orang luar yang hanya mampu memerhati. Jarak akan memisahkan kami. Masa barangkali menjauhkan. Cuma kenangan-kenangan lalu yang mampu kuselak dan kusimpan....

[lagu SO7 berkumandang=>Pemuja Rahasia ]

Kuawali hariku dengan mendoakanmu
Agar kau selalu sehat dan bahagia di sana
Sebelum kau melupakanku lebih jauh
Sebelum kau meninggalkanku lebih jauh

Ku tak pernah berharap kau 'kan merindukan
Keberadaanku yang menyedihkan ini
Ku hanya ingin bila kau melihatku kapanpun
Di mana hatimu 'kan berkata seperti ini...

Pria inilah yang jatuh hati padamu
Pria inilah yang selalu memujamu
Aha... yeah... aha... yeah...
Begitulah para rapper cuba menghiburku

Akulah orang yang selalu menaruh bunga dan
Menuliskan cinta di atas meja kerjamu
Akulah orang yang selalu mengawasimu
Menikmati indahmu di sisi gelapku
Dan biarkan aku jadi pemujamu
Jangan pernah hiraukan perasaan hatiku
Tenanglah tenang pujaan hatiku sayang
Aku takkan sampai hati bila menyentuhmu

Mungkin kau takkan pernah tahu
Betapa mudahnya kau untuk dikagumi
Mungkin kau takkan pernah sadar
Betapa mudahnya kau untuk dicintai

Akulah orang yang akan selalu memujamu
Akulah orang yang akan selalu mengintaimu
Akulah orang yang akan selalu memujamu
Akulah orang yang akan selalu mengintaimu

Karena hanya dengan perasaan rindu yang dalam padamu
Ku pertahankan hidup
Maka hanya dengan jejak-jejak hatimu
Ada arti kutelusuri hidup ini
Selamanya hanya kubisa memujamu
Selamanya hanya kubisa merindukanmu

Nanana....nana.. nana...
(dlm nada gembira & linang air mata)

Kelambu: -Hai, Lan.. Mcm frust je lagunye....-

digicam, pameran n rumah hantu

Friday, October 01, 2004

DIGICAM
bukan saiz sebenar

Memandangkan aku akan Cuti2 Thailand bersama mama dan Najib ke Hatyai pd 7hb ni (hoorey..!), aku pun memaksa mama dgn sesungguh hati utk membeli digicam. Dan kerana hendak pergi ke Hatyailah yg membuatkan mama mmbeli digicam. Kalau x jgn haraplah aku dpt menyentuh digicam melainkan kwn2 aku punya.

Sama jugalah dgn Astro kt rumah aku. Sbb dpt prize beli kereta Wiralah yg membuatkan abah aku memasang Astro. Kalau x samalah jawapannya dgn situasi digicam di atas. Bak kata pepatah Like father like son; Like husband like wife. Sediakan payung sebelum hujan; Sediakan digicam sebelum ke Thailand (boleh gitu....)

Bukan diorang berkira tapi aku considere sgt situasi diorang. Ye lah yang nak pakai benda2 tu bukannya diorang tapi anak2 mereka yang materialistik dn duniawi ni! Hohoho....

Jadi terpaksalah aku terima hakikat dlm sehari dua ni aku telah menjadi gila kamera dgn bergambar di sana sini!

Kelambu:Ah, pose mcm ni x smart... Eraselah....


PAMERAN BATIK DAN KRAFTANGAN

bukan tempat sebenar
Lokasi=>stadium darul aman.. waktu perdana..

Seperti biasa kami tiga beranak (aku, mama n Najib) pergi nak melihat 'Pameran Batik dan Kraftangan'! Samalah situasi masa aku nk tengok menora kat Taman Budaya dulu. Tipah tertipu lagi, bang...! Eventnya mmg ada tapi patut ditukar kepada 'Pameran Pasar Malam'! Macam2 ada. Gerai kraftangannya x sampai 5 gerai dan gerai batiknya hanya menjual baju kelawar perempuan (kalau kt gerai kelawar msti diorang panggil baju manusia!)

Satu lagi ialah kain batik! Hah, betullah tu...! Ini ialah pameran batik dan kami menjual kain batik. Yah, memang bijak...! Cuma aku rasa kalau setakat nak beli kain batik, berlambak kt Pekan Rabu dan pasar malam kat depan Pacific. Tak payah nak tunggu pameran!

Lalu aku pun memaksa mama membeli porch bag utk aku bergaya di Hatyai nanti dan mama aku pn membeli barangan itu utk anakanda kesayangannya ini. Hohoho....

Kelambu: Oh, dunia ini..., penuh kepalsuan.. (huhuhu...)

RUMAH HANTU

bukan rumah hantu sebenar
Lokasi=> pameran batik & kraftangan, stadium darul aman

Paling last aku masuk rumah hantu masa aku darjah 3 dlm awal 90-an dulu sbb lepas tu yang aku tau kerajaan negeri dah haramkan rumah hantu kot kat pekan Alor Star (skrg Bandar Raya). Tapi aksi sarkas yang gurl2nya berbakat BESAR (spt kata mat jan) boleh lak. Tu yang aku confuse. Mungkin kalau buat rumah hantu x de BAKAT besar yang boleh ditonjolkan!

Jadi aku pun masuklah rumah hantu dgn Najib. Satu kepala rm2. Jadi 2 org kenalah rm4. Bayar pakai token mcm biji carom.

Hasil yang aku dapat:
-Wah, takutnya I..., takutnyaaa...!!!
-aku nampak hantu tu nyorok dan hantu tu nampak aku x nyorok. Lalu kami pn saling menyergah. Yang menjeritnya couple kat belakang. Hohoho....
-Hek eleh...., 2 ekor hantu jer..... Opps.. betullah sekor hantu=rm1... Kalau aku bayar lebih rm1 mesti hantu yang 1st td akan berlari2 nk menyergah aku kat pintu keluar...
-Najib: Tak takut pun...! (kesiannye budak2 sekarang tak pernah merasa da real rumah hantu)

Kelambu: Rumah hantu kat Alor Star kena tapis LPHM kot... (LEMBAGA Penapisan HANTU Malaysia)

Powered by Blogger.