digicam, pameran n rumah hantu

Friday, October 01, 2004

DIGICAM
bukan saiz sebenar

Memandangkan aku akan Cuti2 Thailand bersama mama dan Najib ke Hatyai pd 7hb ni (hoorey..!), aku pun memaksa mama dgn sesungguh hati utk membeli digicam. Dan kerana hendak pergi ke Hatyailah yg membuatkan mama mmbeli digicam. Kalau x jgn haraplah aku dpt menyentuh digicam melainkan kwn2 aku punya.

Sama jugalah dgn Astro kt rumah aku. Sbb dpt prize beli kereta Wiralah yg membuatkan abah aku memasang Astro. Kalau x samalah jawapannya dgn situasi digicam di atas. Bak kata pepatah Like father like son; Like husband like wife. Sediakan payung sebelum hujan; Sediakan digicam sebelum ke Thailand (boleh gitu....)

Bukan diorang berkira tapi aku considere sgt situasi diorang. Ye lah yang nak pakai benda2 tu bukannya diorang tapi anak2 mereka yang materialistik dn duniawi ni! Hohoho....

Jadi terpaksalah aku terima hakikat dlm sehari dua ni aku telah menjadi gila kamera dgn bergambar di sana sini!

Kelambu:Ah, pose mcm ni x smart... Eraselah....


PAMERAN BATIK DAN KRAFTANGAN

bukan tempat sebenar
Lokasi=>stadium darul aman.. waktu perdana..

Seperti biasa kami tiga beranak (aku, mama n Najib) pergi nak melihat 'Pameran Batik dan Kraftangan'! Samalah situasi masa aku nk tengok menora kat Taman Budaya dulu. Tipah tertipu lagi, bang...! Eventnya mmg ada tapi patut ditukar kepada 'Pameran Pasar Malam'! Macam2 ada. Gerai kraftangannya x sampai 5 gerai dan gerai batiknya hanya menjual baju kelawar perempuan (kalau kt gerai kelawar msti diorang panggil baju manusia!)

Satu lagi ialah kain batik! Hah, betullah tu...! Ini ialah pameran batik dan kami menjual kain batik. Yah, memang bijak...! Cuma aku rasa kalau setakat nak beli kain batik, berlambak kt Pekan Rabu dan pasar malam kat depan Pacific. Tak payah nak tunggu pameran!

Lalu aku pun memaksa mama membeli porch bag utk aku bergaya di Hatyai nanti dan mama aku pn membeli barangan itu utk anakanda kesayangannya ini. Hohoho....

Kelambu: Oh, dunia ini..., penuh kepalsuan.. (huhuhu...)

RUMAH HANTU

bukan rumah hantu sebenar
Lokasi=> pameran batik & kraftangan, stadium darul aman

Paling last aku masuk rumah hantu masa aku darjah 3 dlm awal 90-an dulu sbb lepas tu yang aku tau kerajaan negeri dah haramkan rumah hantu kot kat pekan Alor Star (skrg Bandar Raya). Tapi aksi sarkas yang gurl2nya berbakat BESAR (spt kata mat jan) boleh lak. Tu yang aku confuse. Mungkin kalau buat rumah hantu x de BAKAT besar yang boleh ditonjolkan!

Jadi aku pun masuklah rumah hantu dgn Najib. Satu kepala rm2. Jadi 2 org kenalah rm4. Bayar pakai token mcm biji carom.

Hasil yang aku dapat:
-Wah, takutnya I..., takutnyaaa...!!!
-aku nampak hantu tu nyorok dan hantu tu nampak aku x nyorok. Lalu kami pn saling menyergah. Yang menjeritnya couple kat belakang. Hohoho....
-Hek eleh...., 2 ekor hantu jer..... Opps.. betullah sekor hantu=rm1... Kalau aku bayar lebih rm1 mesti hantu yang 1st td akan berlari2 nk menyergah aku kat pintu keluar...
-Najib: Tak takut pun...! (kesiannye budak2 sekarang tak pernah merasa da real rumah hantu)

Kelambu: Rumah hantu kat Alor Star kena tapis LPHM kot... (LEMBAGA Penapisan HANTU Malaysia)

Powered by Blogger.