sawattdikap...

Saturday, October 09, 2004

SAWATTDIKAP...

Khamis, 7 Oktober, 2004
-
klik di sini utk lihat lebih byk gambar... hohoho..!!-


banyaknyer shopping...

Terus terang aku katakan bahawa aku rasa teruja sgt dpt pergi ke Hatyai ni. 1-nya ialah sbb aku x pernah pergi ke luar Malaysia. 2-nya mahu melihat rumpun Melayu/masyarakat Thai di Hatyai. Kata mama, arwah nenek keturunan Pattani dan aku ada sedara mara tinggal kat Bangkok. Tapi sayang sedara aku kat sini yang tahu rumah diorang kat Bangkok sana dah meninggal. Barangkali jarak dan masa yang memisahkan kami. Patutlah muka aku ada ala siam2 sikit. Hahaha...

Sebut aje Siam/Thailand mesti ingat syurga duniawi=s*x. Untuk pengetahuan korang aku bukannya membuat pelancongan individu@geng bujangan tetapi beramai2. Dgn pakcik2 dan makcik2 yg sudah berkahwin. Kalau secara individu@geng bujangan pun aku amat berharap moga2 aku mempunyai iman yg kuat. Amin....

Berikut adalah serba sedikit sinopsis aturcara Cuti2 Shopping2 Thailand aku...:

2.00p.m.- Aku, mama dan Najib tiba di Wisma Negeri, Alor Star spt yg diberitahu. Van2 pelancongan berplat Thai sudah sedia menunggu. Tapi kami pula yg terpaksa menunggu bberapa org pakcik2 dan makcik2 yg sudah biasa dgn janji2 Melayu...

2.35p.m.- Van mula bergerak. Semuanya 4 van. 1 van boleh isi 11 org. Kiralah sendiri berapa byk pegawai2 kerajaan negeri kt dlm van tu. Van mmg selesa habis. Luas, setiap seat ada arm-rest, ada air-cond (tingkap dicable-tiekan, jd xleh buka), ada Coca Cola Thai dan kami satu van pun minum beramai2.

3.45p.m.- Sampai kat sempadan. Kami pun turun utk diperiksa en. kastam tapi en. kastam x periksa kami pn. Juz lalu melepasi pondok kastam je. Lepas tu naik van balik. Kami lalu pula pondok en. kastam Thai. Tapi kali ni x payah turun. Kak Ja (chief) je turun dgn kertas di tangan yg aku malas nak amek tau apa isinya.

4.15p.m.- Yahoo..., kami dah diisytiharkan sbg terrorist tourists. Bagi aku perjalanan sepanjang ke Hatyai mmg x mmbosankan langsung. Selang 4-5km mesti ada pekan/bandar kecil. Yg wajib ada ialah bengkel motor, deret2 kedai runcit, sekolah dan wat (tokong). Kalau pekan yg besar sikit mesti ada sekolah besar sikit, kedai besar sikit, wat besar sikit dan bengkel motor merangkap kedai jual motor. Tp satu jer yg x sikit dan x byk. Setiap pekan ada 1 je traffic lite...

6.25p.m.- Kami sampai di bandar Hatyai. Bandarnya lebih kurang mcm bandar Klang, Selangor. Cuma lagi serabut jer dgn manusia dan kenderaan lalu lalang. Jlnnya byk 1 way sebab kecil. Kami turun kat Hotel Grand Plaza, Hatyai. Kami menginap 1 malam di sini. 1 bilik 2 orang. Aku duduk dgn Najib. Kami duduk tingkat atas sekali. Tingkat 9! Lif hotel ni ngam utk 4 org masuk. Kalau 6 org dah sesak. Kalau 8 org dah x leh bernafas. Kalau 9 org lif dah xleh nak naik. Kami kena turun kat lobi pukul 7.00 mlm utk makan.

7.00p.m.- Oleh kerana kami Melayu maka semua ahli rombongan menepati masa untuk acara makan. Kami berjln kaki di bandar Hatyai lebih kurang 500 meter dan sampai di sebuah restoren Muslim (ejaannya 'Musalim') yg ada menyediakan susu kambing (ejaannya susu kambang) dan nasi campur (lauknya kena dipesan dan diorang akan masak dan campurkan sendiri).

Makanan sudah ditempah awal dan terhidang ala-ala hidangan hotel. Biarpun simple tp sedap. Ada nasi putih+paprik sotong+paprik ayam+telur dadar+tomyam+ais kosong. Kalau nak air manis kena order duit sendiri... (Ceh..!!) Apa cerita pun aku tetap menghabiskan makan dan minum di depanku dgn lahapnya...

7.45p.m.- Habis makan. Dalam senarai aturcara ditulis acara bebas ttp aku rasa patut ditukar kepada acara shopping! Nanti takut pula ada yg bertanya apa yg bebasnya atau pun mana pula perginya acara kuak lentang dan berirama? Haha...

Kami pun shopping sakan. Aku sempatlah beli jersi Arsenal gred A dgn harga 250 baht (RM25). Nak beli jersi Liverpool tp sbb ada tulis Carlsberg terpaksa le aku cancel! Aku xde la minat Arsenal sgt pun. Juz nak tayang kat Bahdin (die hard fan Arsenal) dan Ayie (die hard fan Liverpool). Najib beli jersi Chelsea dan baju ragbi All Black utk Sidek (jiran). Mama pula beli buah dokong, halwa (jeruk), kerongsang, kacang gajus dan cenderamata...

10.00 p.m.- Balik bilik. Mandi. Tidur sebab aku dah letih....


Jumaat, 8 Oktober, 2004


bestnye angkat brg.. huhu...

8.20a.m.- Kami turun lobi. Acara bebas shopping lagi. Follow Kak Ja pergi makan. Makan dibelanja di sebuah restoren 'Musalim'. Hidangan ala buffet. Ada nasi goreng, bihun goreng, telur goreng, paprik campur, teh/teh o. Sendiri mau ingat. Bubuh sendiri dan makan sendiri. Ketika kami makan hujan pun turun renyai2 membasahi bumi Hatyai. Ada pula seorg penjual dtg menjual kacang Chieng Mai. Dan duit mama pun bye bye bye...

9.15a.m.- Naik van Tuk2 pergi bazar/pasar/market. Satu kepala 10 baht (RM1). Kami 4 orang (aku, Najib, Mama, Mak Ku)+1 awek Thai biasa... Jauh dari hotel ke bazar lebih kurang 10 minit kesesakan. Baru je nak sampai awek Thai biasa tu speaking Thai cakap jalan yg dia nak pergi dah terlepas. Driver pun turun. Aku ingat dia nak marah2 kat awek Thai biasa tu. Tapi dia senyum je (kat Malaysia kalau x masam muka mesti kena tambah caj). Kemudian driver tu minta maaf kat kami. Cakapnya nak hantar awek Thai biasa tu dulu sbb dia org tempatan dan mesti diutamakan! Kami hanya angguk sbb kami x faham.

9.35a.m.- Yea..., mama shopping lagi! Aku hanya perlu mngambil masa 5 minit utk shopping sehelai baju yg bertulis Bangkok, Thailand. Ttp mama dan Mak Ku memerlukan 2 jam 15 minit utk shopping brg2 diorang. Sepatutnya mama dan Mak Ku sudah boleh membeli 27 jenis brg ttp x sampai 10 jenis brg pun yg dibeli mereka sbb usha brg je yg byk tp byk pula yg x berkenan dan juga krn harga brg yg x mampu dikurangkan...

11.50a.m.- Habis shopping. Balik hotel semula menaiki Tuk2. Driver hantar sampai kat pintu hotel. Balik terus try baju baru. Pas tu mandi. Pukul 1 ptg kena
check-out.

1.00p.m.- Turun kat lobi. Ada 2 org PAKCIK yang x balik2 hotel lagi utk check-out. Kak Ja dah kelam-kabut. Jam Thailand lewat sejam dari jam Malaysia. Mungkin diorang ikut jam Jepun kot. Pukul 2 ptg baru nampak muka. 2.15 ptg baru boleh gerak... Pakcik oh pakcik....!

3.30p.m.- Sampai kat pekan Dannok. Betul2 bersebelahan sempadan Malaysia. Kami berhenti makan kat kedai 'Musalim' iaitu restoren Haji Che Omar. Aku order nasi goreng ayam tanpa selsema burung satu. Airnya pula ialah milo ais tawar satu!

Lepas makan mama shopping lagi. Kali ni brg dapur pula. Cili kering, beras, buah mangga dan teh. Najib beli jersi Norwich City. Aku pun rasa nak beli tapi cancel sbb x lawa.

5.00p.m.- Sepatutnya 4 ptg kena gerak tetapi sebab kami Melayu maka pukul 5 ptg baru kami gerak! Driver van (cina+siam) cakap, lain kali kalau nak janji kena bagi 20 minit awal. Hahaha... dia pun tahu kami ni Melayu!

6.00p.m.- Sampai di Wisma Negeri, Alor Star. Semua mengambil kereta masing2 utk pulang dgn brgn masing2. Aku Diorg dan mama pun pulang ke rumah dgn girangnya....

Malaysia VS Hatyai (Thailand):


all Thai maa...

- Tiada mat rempit/mat kereta dgn motor/kereta bikin di Hatyai tp kedua2nya ada di Malaysia!

- Di bandar Hatyai penunggang motor kena pakai helmet. Pemboncengnya x payah. Helmet pula dari bahan plastik yg xde kualiti/murah(mcm helmet kanak2). Di Malaysia helmet mahal/kualiti tp nyawa pula yg murah!

- Di pekan/bandar kecil, x payah pakai helmet. Semua American style...

- Semua motor mesti ada bakul kat lampu depan. Byk motor jenis Honda.

- Polis Trafik hanya ada di bandar Hatyai saja dan diorg naik kapcai saja. Kat pekan/bandar kecil xde polis. Di Malaysia, polis trafik ada di mana2. Diorg naik kereta, kapcai dan 'kuda putih'!

- Teh ais bungkus harganya 20 baht (RM2). Hahaha murahnya...!

- Surat khabar Berita Harian harganya 30 baht (RM3). Hahaha murahnya...!

- Orang Hatyai suka naik kereta pikap (mcm Proton Arena). Byk jenis Isuzu dan Toyota. Yang kaya sikit pakai Storm dan Hilux. Mungkin sebab boleh isi brg2 sebab byk org Hatyai ialah peniaga. Boleh juga buat angkut budak sekolah!

- Tuk2 ada 2. 1 ialah motor 3 roda. 1 lagi ialah van mini. Di Hatyai hanya ada van Tuk2. Kebykannya jenis Daihatsu dan Hijet.

- Di Hatyai barulah aku akui jalan raya di Malaysia adalah yg terbaik di dunia.

- Di Hatyai barulah aku akui org Malaysia antara yg SGT2 SOPAN di jln raya!

- Jln spjg ke Hatyai mesti ada jalan kecil sblh kiri utk laluan motor. Motor x masuk jln kereta dan kereta x masuk jln motor=sopan sungguh!

- Jln spjg Bkt Kayu Hitam sebelum masuk ke hi-way berbayar di Jitra xde langsung laluan utk motor. Laluan motor kat Malaysia pula selalunya motor masuk jln kereta dan kereta masuk jln motor=sangat2lah bersopan!

- Orang Thailand bawa kereta enjoy, happy, berhemah- Ada anak kecil tidur di atas ruang barang motor 3 roda yang ditunggang bapanya. Ada anak2 muda naik motor sambil bergurau-senda. Kenderaan2nya x laju. Kalau ada orang buat silap pasti kena hon. Dan yang kena hon pasti hon semula (1x saja). Dats all... No maki no f**k.. Everything kewl....!

- Orang Malaysia bawa kereta sgt enjoy=laju, happy=racing, berhemah=tunjuk f**k! Orang Malaysia kalau kena hon mesti maki2 x pun tunjuk f**k! Anak2 muda kalau naik motor gelak2 sikit mesti pakcik2 usha slek dan sound direct. Dan anak2 muda bila kena usha slek dgn pakcik2 mesti tunjuk f**k dan pecahkan cermin tingkap! Everthing kewlkan...?

- Stesen minyak kat Malaysia byk yg ada kedai mesra/serbaneka, bersih dan masih murah! :-)

- Stesen minyak di Hatyai dan spjg ke Hatyai x ada kedai mesra/serbaneka dan buruk gila! Signboard stesen minyak tempatan siap berkarat mcm kat tepi pelantar laut. Jenama minyak Thailand=>PTT.

- Bas Thailand mcm kpl terbang skuad TAC (ultraman). Fancy n colourful!

- Awek2 Thai byk yg baik dan baik2. Ada yg spt di Bukit Bintang dan KLCC dan ada yang spt di masjid negeri.

- Awek baik=>Bayangkanlah awek tu bertudung, muka Melayu, lawa gila, lemah gemalai dan bercakap Thai. Aduhhh... (sambil memegang dada), patutlah ramai orang Malaysia byk beristerikan org Thai!

-Awek baik2=>Ganteng2, nyam2, bengkak sana bengkak sini! Ah, x payahlah aku nak detailkan lagi. Faham2 je lah...

- Jalan2 pd waktu malam sekitar Hatyai mesti ditegur gadis yg cakapnya, "Abang massage bang.. Murah saja... Sedap bang." Mmgla betul ada massagenya ttp turut disediakan side massagenya! Ada berani...?

- Hampir semua org di Hatyai boleh bercakap Melayu. Jadi x payah susah2 nak speaking London=>aku: How much diz one aaa....? amah: Dua latus lima puluh baht saja... aku: (hahaha, malunya aku)...

- Makan x payah risau. Banyak kedai 'Musalim' (muslim). Ada gerai Musalim menjual puyuh goreng yg digoreng bersama kaki dan kukunya. Hahaha....

- Xde apa yg membezakan org Thai, org Malaysia dan org Indonesia. Jd anda x dipandang spt makhluk asing! Rupa semuanya sama. Ada yang hitam, ada yang putih. Ada anak mamies look, chinese look, indian look dll. Yang membezakan adalah BAHASA!

- Setiap pekan spjg ke Hatyai dan di bandar Hatyai mesti ada bendera Thailand. Tp setiap pekan dan bandar di Malaysia pula mesti ada bendera Malaysia di hari merdeka saja!

- Gadis Thailand yg asli, wajahnya sawo matang, tubuhnya mengkal, mungil, montok, berkulit mulus dan halus. Senyumannya pula, aduhh..., bisa gugur imanku...!

- Gadis Malaysia yg asli, wajahnya sawo matang bertukar putih (make-up), tubuhnya juga mengkal, montok, berkulit licin dan halus. Senyumannya pula aduhhh..., ceh, jgn harap diorg nak senyum x tentu pasal! Hahaha....

- Mungkin Thailand x de kereta/motor buatan tempatan kot sbb aku x nampak langsung jenama kereta/motor yg bunyinya Thai. Semuanya jenama import yg aku kenal. Tahniah utk org Malaysia krn kereta/motor buatan tempatan mengungguli ranking terlaris jualan kereta/motor tempatan! Sbb patriotik ke atau sbb murah? Kalaulah diberi pilihan kereta import cc yg sama bernilai sama dgn kereta tempatan cc yg sama. Rasa2nya nk beli kereta yg mana? Haha... tepuklah dada!

- Tiang lektrik spjg ke Hatyai dan di Hatyai dibuat dari simen, rendah (stgh tiang letrik Malaysia), bentuknya 4 segi dan ada 3-4 meter tergantung. Wayarnya pula byk berselirat. Macam spider web. Burung terbang pun blm tentu boleh lepas!

- Byk peniaga yg masih menggalas kandar menjual buah, kacang dan makanan sekitar bandar Hatyai. Di Malaysia situasi ni boleh dilihat tahun 80-an dulu saja.

- Byk penunggang Tuk2. Spt citer Hollywood. Keluar je bangunan depa tgn pasti ada teksi. Kalau di Hatyai depa je tgn pasti ada Tuk2.

- Kenderaan Tuk2 cantik, kreatif, kecil dan comel. Juga murah, cepat dan mudah. Satu2nya trademark Thailand! Penunggang Tuk2 cukup terlatih. Seperti mat rempit Malaysia. Cilok2 di sini sana. Bezanya ialah mat Tuk2 mendapat duit tetapi mat2 rempit mendapat sakit!

- X guna memakai jean Levi's berharga rm250 (2500 baht) di sini krn org di sini ttp menganggapnya semurah 250 baht (rm25) sahaja!

- Thailand ialah syurga cetak rompak jenama pakaian manakala Malaysia ialah syurga cetak rompak cd/vcd/dvd. Di Thailand ada baju gred A (mcm ori) dan gred B. Di Malaysia ada dvd copy (mcm ori) dan cinema copy! Yea.., kita juga mampu bersaing!

- Masuk Thailand kita jadi buta huruf. Masuk Malaysia kita jadi Inggeris Melayu!

- Orang Hatyai byk dari etnik Melayu dan Thai. Mereka bekerja sbg peniaga dan pemandu Tuk2. Yg kerja besar dan kaya byk dari etnik Cina Thai. Dapat dilihat dari kenderaan yang dipandu. Org Melayu dan Thai majoritinya bawa Tuk2, kapcai dan kereta pikap. Org Cina Thai bawa Mercedes! Bezanya ialah Cina Thai fasih cakap Thai tapi Cina Malaysia cakap Melayu berterabur tp cakap omputih mcm sayur!

- Kat Malaysia org buta kutip derma dgn menyanyi live dan main keyboard. Kat Hatyai org buta kutip derma dgn menyanyi live bersama radio karoke!

- Orang Thailand ada beras siam, durian siam, mangga siam, dokong siam dan kucing siam tetapi Malaysia cuma ada satu saja iaitu MALAYSIA BOLEH!

- Kalau nak beli barang kat Hatyai cuba minta tawar separuh harga. Nanti peniaganya akan turunkan harga sehingga hampir separuh harga. Baru beli! Bayangkan baju rm400 baht (rm40) boleh kurang sehingga 250 baht (rm25)! Tp x semua barang la....

- Hatyai juga ada Mc Donald, 7 Eleven, Pizza, Makro. Tapi Hatyai x de KFC dan kedai mamak 24 jam!

- Public phone Hatyai sikit tapi semua boleh pakai. Public phone Malaysia byk tapi x semua boleh pakai!

- Public phone Hatyai ada pondok dan x rosak. Public phone Malaysia x de pondok tp rosak!

-Wat Siam ada gelanggang basketball! Masjid Malaysia ada err..., kubur!

-Ada channel ntv7 dlm hotel. Lain semua channel Thai. Citer omputih pun speaking Thai! Kat Malaysia citer Melayu pun speaking omputih!

Sekian dulu entry utk kali ni... Harap sumer berpuas hati... huhuhu....

-klik di sini utk lihat lebih byk gambar... hohoho..!!-

Kelambu: Bilalah boleh pergi Indon pula...

Powered by Blogger.