prinsip dan puasa

Monday, October 25, 2004

PRINSIP

Adakah korang ingat bila korang mula mempunyai prinsip sendiri?

Masa remaja dan di bangku sekolah dulu kawan-kawan menjadi sebahagian daripada prinsip. Kita sanggup menggadaikan prinsip demi kawan. Sebab itulah banyak gejala tak elok berlaku kerana kawan. Aku ikut kau dan kau ikut aku. Aku bagus sebab kau. Kau bagus pun sebab aku. U jump, I jump tapi bila I jump belum tentu U jump! Tak gitu?

Kadang-kadang aku rasa kawan-kawan adalah jodoh yang ditentukan. Kita sememangnya ditentukan untuk berkawan dengan mereka. Dalam tak sedar kita ditakdirkan bertemu mereka dan mereka juga ditakdirkan bertemu kita dan masing-masing saling meresapi.

Cuba fikir siapa kawan-kawan kita sepanjang hidup kita. Macam-macam ada!

Kelambu: Apakah kita dipengaruhi dan apakah kita mempengaruhi...?


PUASA

lokasi=> Restoren Haji Ali, Alor Star, 1.45 pagi

Aku bersahur dengan kawan lama aku, Hanis dan Bob. Kami makan nasi kandar dan minum-minum. Kami sembang-sembang sampai pukul 3 pagi.

Aku: Hutang posa 9 tahun dulu hang dah bayaq...?
Hanis: Huishh..., mana ada...
Bob: Hah.., lamanya punya hutang
Aku: Dulu, sanggup cakap nak putus kawan kalau tak posa sekali dengan dia! Marah gila...
Bob: Hahaha....
Hanis: Hang pun sama! Yang kena sound dengan pakcik masa makan kat taman tu aku juga. Aku juga dia tuduh kena gastrik..
Bob: Hahaha.. dua-dua sama...

Aku mula ingat. Masa aku tolak untuk tak puasa dengan dia masa tu, aku rasa akulah manusia paling berprinsip ketika itu! Percayalah!

Kelambu: Susahnya bercakap tidak dengan kawan...

Powered by Blogger.