al-kisah katakantaksuka

Tuesday, October 19, 2004

al-kisah katakantaksuka

-Ini ialah sebuah cerita satira rakyat yang dongeng lagi menipu. Tiada langsung kena mengena dengan yang hidup apatah lagi yang meninggal dunia-

Di sebuah negara bernama KATAKANTAKSUKA terdapat banyak rakyatnya yang amat gemar menggali kubur seorang diri...

AKUTAKSUKA pula seorang usahawan. Melihat kegemaran rakyatnya yang sangat suka menggali kubur seorang diri, maka dia pun menjalankan urusniaga tanah kubur. Dia mempunyai banyak syarikat gergasi seperti DUN HELL, GUDANGKUBUR, MAY I BORROW, SAMPORNO dan sebagainya yang bernaung di bawah namanya...

Syarikat2 di bawahnya bukan sahaja menjual tanah kubur kepada orang cokelat malah kepada orang sepet, orang hitam, orang original dan lain-lain orang. Dia mendapat untung yang sangat lumayan. Setiap tahun dia pasti menaikkan harga tanah kubur. Sebabnya ialah dia tahu sangat bahawa rakyat2 negaranya mesti mahu menggali kubur seorang diri walaupun tanah kuburnya mahal. KAYA! KAYA! KAYA!

Dalam satu sidang pengisytiharan kenaikan cukai tanah kubur, dia berkata, kenaikan harga menggali sebuah kubur adalah sebagai satu tanggungjawab sosial. Katanya lagi, menggali kubur seorang diri amat berbahaya. Menggali kubur mempunyai 1001 risiko. Antaranya ialah mematikan habitat pucuk paku, serangan penyakit ke atas jantung pisang, dan boleh terkena badi mayat. Di samping itu dikhuatiri juga mereka yang tidak menjadi penggali kubur aktif akan turut menerima risiko iaitu terjatuh ke dalam lubang kubur ketika sedang bersembang-sembang dengan penggali kubur tersebut...

Dia juga melancarkan kempen TAKSUKA secara besar2an terutamanya untuk pelajar2 sekolah agar tidak memilih profesion sebagai penggali kubur yang sungguh memudaratkan kesihatan diri dan sekitar mengikut kajian saintifik dan perubatan yang dijalankan. Antara kempennya ialah dengan lagu yang dinyanyikan secara muzik ya- aw-aw oleh seorang hitam iaitu, "Maaf, anda di bawah 18 tahun; Anda tak boleh menggali kubur" dan juga iklan awek stylo lagi ya-aw-aw yang berkata, "Wah, dia sungguh kewl... Dia tak menggali kubur..."

Turut juga dipacakkan papan tanda di setiap kawasan menggali kubur yang tertera, 'AMARAN KERAJAAN KATAKANTAKSUKA: MENGGALI KUBUR MEMUDARATKAN KESIHATAN.'

Iklan2 tanah kubur di kaca tv juga dikatakan akan diharamkan sama sekali tetapi masih juga ada iklan yang berbunyi, 'PORNOKAN HARIMU' dan pasukan bolasepak negara KATAKANTAKSUKA masih juga menyarung jersi DAN HELL yang entah bila akan ditamatkan kontrak tajaannya...

Dia turut menghadkan kawasan2 tanah kubur. Antara kawasan yang dilarang menggali kubur ialah kawasan tanah gambut, tanah pamah, tanah liat, tanah pasir dan lain2. Kalau didapati melanggar maka penggali kubur akan dikenakan kompaun dan kompaun itu akan dibayar kepadanya. Satu strategi perniagaan yang sangat BIJAK!

Baru2 ini atas dasar sosial juga usahawan tersebut telah menetapkan hanya kubur sedalam 20 kaki saja yang dibenarkan digali. Kubur2 lain yang sedalam 10 dan 14 kaki akan diharamkan sama sekali. Apatah lagi kubur-kubur yang digali sedalam 1 kaki untuk menanam bangkai kucing dan gagak...

Dengan itu banyaklah menteri menyokong tindakan usahawan tersebut walaupun terdapat juga di kalangan menteri2 tersebut yang tidak dapat berhenti daripada tabiat menggali kubur seorang diri. Tapi tidak mengapa kerana harga tanah kubur yang dinaikkan usahawan tersebut masih mampu dibayarnya kerana dia turut mendapat habuan dari komisen syarikat2 gergasi tanah kubur tersebut. Tapi rakyat tetap miskin juga. Tambah2 lagi yang gemar menggali kubur. Lagi2lah miskin...

Tetapi berlainan pula dalam iklan Jabatan Penyeludupan Kubur yang mengatakan bahawa 'Pastikan Anda Menggali Kubur Yang Ditandakan Cop Sahaja'

Di masa yang sama juga, ramai penggali kubur berasa amat hairan kerana tiada langsung iklan untuk mengharamkan syarikat yang menjalankan urusniaga menanam sayur atas kubur yang ternyata amat memesongkan akhlak majoriti rakyat setempat. Iklan yang ada hanyalah JGN TANAM KETIKA MEMANDU yang jelas membawa maksud anda boleh menanam sayur atas kubur dengan syarat jangan memandu. SENANG BUKAN!

Antara syarikat tersebut yang tersohor ialah syarikat HARIMAU dan KRAS BEB yang juga mempunyai sebuah kilang besar di tepi lebuh raya persekutuan. Iklan2 tentang kenikmatan sayur yang ditanam di atas kubur disiarkan secara berleluasa di pawagam2 tempatan yang turut disaksikan kanak2 di bawah umur dan yang tak cukup umur...

Malah pasukan bolasepak negara ketika ini sedang menjalani satu latihan khas untuk menyertai pertandingan bolasepak piala HARIMAU untuk menebus kekalahan di pra-kelayakan Piala Planet...

Alahai..., malang sungguh nasib penggali2 kubur aktif negara yang telah didiskriminasikan sedemikian rupa. Barulah mereka sedar bahawa semua agenda tersebut tak lebih dari agenda ekonomi semata2 dan bukannya tanggungjawab sosial yang diwar2kan...

Penggali2 kubur hanya mampu menggeleng-geleng kepala dan berkata, "GALI KUBUR SORANG2 PUN SALAH KE....? AKU TAK TANAM SAYUR ATAS KUBUR PUN..!!"

Kelambu: Sekian sahaja kisah negara KATAKANTAKSUKA yang aman lagi makmur...:)

Powered by Blogger.