lapar dan dahaga

Saturday, October 16, 2004

lapar dan dahaga....

Belum tgh hari perut aku dh berbunyi... Lapar... Dahaga... Ceh...! Fikiran aku melayang... Aku teringatkan kwn aku Lin (bukan nama sebenar)...

Sebetulnya mereka yg sebaya Lin kini, ramai yg sudah berumah tangga, x pun memiliki kerjaya yg kukuh. Koman2 ada kereta sebijik n awek steady.

Tapi Lin masih terkontang-kanting... Pada usianya yang begitu dia memilih utk belajar. Dia hidup secara gelandangan. Tanpa loan dan duit poket yang diberi mak ayahnya yang bagi aku x munasabah! Barangkali kerana hambatan usianya membuatkan dia malu utk menagih ehsan ibubapa. Bukan itu saja tp kerana byk peristiwa hitam pada masa lalunya yg memaksa mak ayahnya & manusia sekitar melihatnya secara prejudis termasuk aku!

Lin pernah berlapar sehingga 2 hari. Sesuatu yg x patut berlaku! Pernah dulu aku sengaja x habiskan makanan aku. Aku bagi kat dia. Aku cakap dah kenyang. Xde selera atau pun makanan byk sgt. Mungkin dia perasan betapa kerapnya aku makan x habis lalu dia cakap kat aku, "kau ni x habis betul ke atau buat2 x habis? Makanla jgn dok simpan2 kat aku. Duit mak ayah kau bagi utk kau makan. Bukan aku makan. Aku dah biasa dah mcm ni." Aku faham perasaan dia dan aku dpt rasa bagaimana perasaan aku kalau di tempat dia. Lepas 2 aku selalu makan habis. Kalau aku nak bagi kat dia pun aku akan beli makanan dan open kat kengkawan lain termasuk dia. Dan kengkwn lain faham....

Masa aku minta dia siapkan puisi utk antologi puisi secara duet utk malam aspirasi puisi kat universiti dulu, ada satu puisi yg cukup menyentuh perasaan aku. Senang saja puisi tu buat aku sebak... Entahlah...

Lapar, dahaga
Masih dapat kutempuhi
Pedih kurasakan
Bila ada kebuluran

Lapar kerana tak makan
Dahaga kerana tak ada tegukan
Lapar menyakitkan
Dahaga memeritkan

Orang kaya tak lapar pun makan
Orang biasa makan bila lapar
Orang miskin lapar tak makan, makan tak lapar

Kita kaya dahagakan kemewahan
Kita biasa dahagakan kesederhanaan
Kita miskin dahagakan pemberian

Lapar dan dahaga
Lapar buasnya
Dahaga nafsunya
Celakalah ia....


Aku tahu apa yang mahu disampaikannya. Dan aku sebenarnya x perlu melihat terlalu jauh di luar sana. Aku hanya perlu melihat Lin untuk aku menginsafi diri... Untuk aku tahu betapa bernilainya sebuah terima kasih...!

Kelambu: Lin="ada duit lebih sikit nanti aku belanja kau pergi Sabah. Aku ada sedara kat sana. Best woo....!" Aku="kita pegi Moscow je lah?" Hahaha..!!

Powered by Blogger.