Kalau Kau Duduk di Apatmen yang Petak Parkingnya Bebas. Kau Tak Ada Hak Pun Nak Isytihar Itu Parking Kau yang Punya

Monday, February 23, 2009 · Posted in

Penghuni blok sebelah tempat aku menginap ni buat protes apa entah tiba-tiba. Diorang ambil cat dan tulis nombor rumah diorang kat 4-5 petak parking kereta kat sini. Kononnya, itu parking akulah yang punya.

Tapi, itu taktik paling miskin yang mungkin tak dipedulikan sangat pun. Sebab taktik paling oportunis lagi rejim yang pernah dibuat 8-9 kerat penghuni kat sini ialah bina bangsal kereta kat petak parking. Ini secara tak langsung dah macam isytihar petak parking tu aku yang punya. Dan orang lain secara psikologi takkan berani nak parking sesuka hati.

Tapi bagi aku, kalau dah hidup di apatmen-tak-berapa-nak-mewah ni, kita kenalah terima hidup berkongsi parking. Prinsip siapa-dapat-parking-dulu-dialah-yang-punya dah jadi perkara biasa. Kalau nak parking khas belilah banglo atau kondo atau tanah lot. Atau parking di dalam rumah misalnya.

Lagipun Flora ni, belum ada lagi masalah parking tak cukup. Cuma kalau kau balik lambat kau kena parking jauh sikit. Tak sampai 50 meter pun.

Pasal petak parking pun nak kecoh. Susah. Masing-masing dah individualistik.

Hmm.. Nasib baik kereta aku boleh transform jadi rak kasut.. Rileks je..

19 Responses to “Kalau Kau Duduk di Apatmen yang Petak Parkingnya Bebas. Kau Tak Ada Hak Pun Nak Isytihar Itu Parking Kau yang Punya”

paiseh said...

oooo.. Flora Damansara.. gua penah tengok notis kat Saga-baru-tak-buang-lagi-plastik... "cantik parking bang..nasib baik aku tak berfikiran kampung"

A t i Q a h said...

Huish. Rekemen sikit mana nak cari kereta yang boleh transform jadi rak kasut.

Anonymous said...

Mesti banyak kasut di dalam kereta itu kan?

kan?

Anonymous said...

huyooo. mana beli kereta leh transform2 ni?? leh aku carik

famia said...

perghh..
so nama dia apa?

ouT oF My MinD said...

nak tgk lg dasat paking cop cop nie, sila la dtg ke bukit angkasa kt pntai dlm. siap ltk kon segala.
kalau korang 'tumpang' paking, alamatnye keta kna conteng la...
sggt minda kelas ke lapan.

Anonymous said...

bila manusia bfikiran cetek akan mhasilkan idea yang super bangang...impaknya??? nilai moral yang semakin pupus di abad kini..moga2 kita x tgolong di dalam golongan mereka..amin..

tasekM said...

aku ada banyak rak kasut. kalau nk transformkan dia jadi kereta, jampi apa nak baca hah? ha ha.


.

DeeN said...

Kalo Flora yg Paiseh sebutkan itulah (dan yg hang maksudkan), memang aku penah duduk sana seminggu. Memang parkingnya sangat meriah dan 'menggerunkan'. Hahaahaa..!! Sampaikan ada kes pecah cermin keta sebab nak curik brg dlm kete. Tp aku rileks jer la, sebab aku dok sana seminggu jer. Keskeskeskes!!

Tp kalo Alam Flora lom penah lepak lagi ler. *Cabuttt*

s a L o m a said...

ahahhahahahah.tak boleh nak kata apa.bangang tak agak2.kalau parking dia bayar lain cerita.ni sapa lah punya bf/laki/gf/bini/anak ni..

barang free memang menjadi rebutan.takde toleransi.sedih.cuba kalau kena bayar,sure benda ni tak jadi.

AieSha said...

kesian ko. meh la parking kat bwh umah aku. pastu esok siang, bumbung kereta ko akan penuh dengan nasi berkari yang dilempar dari atas. ko boleh berterima kasih kpd macha-macha krn menyebabkan ko tension yg amat sgt di siang hari!

13may said...

ko kutip parking la camni...kaya kaya :D

Unknown said...

paiseh;
aku flora subang. bkn damansara. tahap parking kat flora aku ni belum sampai tahap kritikal macam kat flora damansara. aku rasa kalau dah kritikal nanti mahunya pakat bersilat nak berebut parking.

atiqah;
kereta champion tidak dijual di mana-mana.

ainun;
hehehe. banyakkkkk...

fafarafa;
ni kereta champion punya. tarak jual. :P

famia;
nama? err.. hah! sofatimus prime!

out of mymind;
perghh.. masalah parking dah nampak macam kritikal sangat dah ni..

sis;
aminn...

tasikmerah;
ambiklah benda lain pula. penyapu lidi ka. penyedut hampagas ka.

deen;
bukan floraD. aku floraS. floraD tu aku pernah pergi juga. parking apatmen tu memang horror. dah tak serupa parking dah.

cabincrew;
benda-benda free ni kadang-kadang buatkan manusia hilang kawalan. teringat cerita orang kampung serbu lori bawa barang runcit terbalik. semua pakat kerumun. tak kira tua muda.

aie;
ada upacara ritual baling kari ke kat tempat kau?

13 may;
maunya kena tempeleng kalau kutip parking kat sini. hahaha.

therosputih said...

manusia berbagai ragam...susah kalau takde kesedaran sivik...masuk darjah 1 balik ah...

Yana Ismail said...

nak try naik kete yg leh transform tu leh? hi hi hi;P

cik puan daun said...

memang menyampah orang yang buat gitu.. masa aku duduk rumah kos rendah kat pantai dalam.. pakcik tu siap pandang slack kat aku.. konon2 dia kena jalan jauh.. aku pon duduk situ jugak.. mcm la dia dok situ sorang-sorang..

Anonymous said...

sob2 di sri indah lestari perdana, diorang letak plastik penuh sampah, atau batu besar pompan comel mcm saya x boleh angkat. sob2. zalim! saya pun bayar sewa!

owh2.. salam kunjungan pertama.

sepatumerah said...

Tempat aku pun sama je. Boleh men cop2 pakai selipar putus. Ingat saper lah tercicir sebelah selipar kat parking tu. Selamba je lah parking. Tup2 esok pagi dah dapat 'otograf calar balar' tuan tapak parking kat badan kete. Haru!

Unknown said...

'ain;
memang hairan. apa yang diajar di sekolah tak pernah kita amalkan. atau memang manusia memang suka hidup di luar tabii. huhuhu.

liyana;
bulih bulih. :)

daun;
pantai dalam memang dark side gila kat kl. bonet kereta member aku jadi habuan budak-budak area situ spray apa entah.

imm;
booking pakai sampah! ini lagi dasat dia punya ekstremis!

sepatumerah;
siap calar kereta? berapa ribu agaknya diorang bayar parking tu.

Powered by Blogger.